Khamis, 15 Oktober 2009

Pe nak jadik???


Salam...

Sebelum tu...Mari kita sama2 menghayati Surah Al-Jumuah,ayat ke 9-11 nie..


Bismillahirrahmanirrahim...


9] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

[10] Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
[11] Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.



walaupun saya pompuan...Saya sbg muslim amat kesal dgn sesetgh anak muda lelaki skrg...Sebab pe?? Kes x gi solat jumaat...Hari nie saya gi keluar bandar nak beli buku...so smntara nak tggu ayah dtg...saya gi la lepak cc dlm perjlnn ke sana pun.ramai para muslimin yg muda2 nie..cbok dgn psgn msg2..cbok dgn urusan keduniaan lah kesimpulannya...smpi kat c2...sy nmpk ramai yg lepak c2..sdgkan waktu para muslimin yg lain sdg sibuk menunaikan ibadah di masjid...

di mana muslimin muda skrg???

mampukah mereka utk mejdi seorg pemimpin utk masa dpn nanti??

atau paling kurg pon..seorg imam utk keluarganya???

tolonglah..jgn smpi satu ari nanti..Allah s.w.t menurunkan bala kt negara yg aman makmur nie...

Wallahua'lam...




1 ulasan:

  1. Memang betul kata2 kak chaq. Apa nak jadi dengan muslim2 sekarang. Kita mestilah bawa banyak bertaubat.

    BalasPadam